Madu Sidr Asli


Madu Sidr Asli 
terdiri dua gred terpilih mengikut harga berikut:
Gred A+  - RM70 (50gm), RM210 (200gm+)
Gred A1 - RM60 (50gm), RM160 (200gm+)

Madu lebah “SIDIR” dikenal pasti sebagai madu lebah terbaik, paling berkualiti dan paling termahal di dunia. Ianya merupakan madu lebah yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari sudut rasa, aroma kandungan zat-zat dan khasiat yang diiktirafkan paling terbaik. Keistimewaan madu lebah sidir adalah kerana pokok-pokok sidrnya yang terdapat di kawasan pergunungan di mana tanah dan kawasan di situ masih terpelihara dari pencemaran. Manakala lebah yang menghasilkan madu di pergunungan pula adalah jenis lebah yang khusus memakan debunga sidir sahaja.

Pokok sidir yang dipercayai oleh kebanyakkan masyarakat arab sebagai salah satu pokok istimewa sehingga disebut di dalam Al-Quran pohon yang terdapat di alam dunia dan alam akhirat lagi pula pohon yang tertua di dunia.Pokok Sidir biasanya terdapat di negara Yaman (Syam) di tanah Arab. Biasanya tumbuh di pergunungan Hadhramaut dan menjadi kegemaran lebah-lebah di sana menghisap nektar dari bunganya bagi penghasilan madu. Pokok Sidir diterjemah secara am sebagai pokok bidara dalam bahasa Melayu namun spesis pokok ini hanya terdapat di tanah Arab sahaja dan pengusaha madu golongan Badwi secara turun-temurun adalah di Yaman secara khususnya. Pokok ini mengeluarkan aroma bau buahan seumpama epal yang menjadi kegemaran lebah.

Selain daripada penggunaan perubatan madu Sidr Yaman sebagai makanan, ia juga sesuai digunakan untuk luaran seperti:


1. Keguguran rambut

Untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan, ramuan berikut amat berkesan untuk diamalkan: Masukkan satu camca besar madu, satu sudu teh serbuk kulit kayu manis ke dalam minyak zaitun suam. Buatkan satu campuran pekat dan lumurkanya ke kepala anda sebelum mandi. Biarkan pada kulit kepala/rambut selama 5 -15 minit. Kemudian bilas rambut. Subhanallah



2. Jangkitan kulit
Sapukan madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis dalam bahagian yang sama pada tempat yang terjejas dan bermasalah.InsyaAllah jika sering diamalkan.Kulit anda akan kering dari cecair bisa dan menjadikannya lebih licin dan cantik.Juga, boleh merawat ekzema, kurap dan apa juga jenis jangkitan kulit.




3. Masalah gemuk
Minum madu Yaman setiap hari pada waktu pagi - Sebelum sarapan ketika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur. Campuran madu dan serbuk kulit kayu manis dimasak dalam satu cawan air. Cara pengambilan ini boleh mengurangkan berat badan seseorang itu sekalipun orang itu terlalu gemuk. Dengan meminum campuran ini selalu, lemak tidak akan terkumpul di dalam badan walaupun orang tersebut mungkin memakan makanan berkalori tinggi.




4. Keletihan
Kajian terbaru telah menunjukkan yang kandungan gula madu lebih membantu dalam menghasilkan tenaga dan menjana kekuatan badan. Warga tua yang mengambil madu dan serbuk kulit kayu manis dalam bahagian yang sama, akan menjadi lebih cergas dan fleksibel. Untuk memiliki tenaga yang berlebihan, seseorang dinasihatkan minum 1 sudu makan madu yang dikacau ke dalam segelas air dan disira dengan serbuk kulit kayu manis. Minum setiap hari pada jam 3 petang semasa tenaga badan sudah mula berkurangan. Pengambilan ini perlu dilakukan dalam masa seminggu berturut-turut setiap hari.




5. Nafas busuk
Bagi mengekalkan nafas segar sepanjang hari, berkumur dengan satu sudu besar madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis sebaik sahaja terjaga dari tidur amat membantu bagi mereka yang mengalami masalah nafas berbau.

Baca Testimoni di sini---> Testimoni Minyak ZB3, Pati Titis B3 & Madu

Tempahan: Whatsapp 013.684.4409

Tiada ulasan:

Catat Ulasan